Aceh penaklukan ini bertujuan untuk meluaskan kekuasaannya, pelabuhan-pelabuhan

Aceh merupakan sebuah kerajaan yang
terbentuk hasil daripada penyatuan kerajaan-kerajaan kecil seperti Pidie, Pasai
dan kerajaan Daya yang akhirnya membentuk Kerajaan Aceh yang besar. Kerajaan Aceh
terletak di di Indonesia berada di hujung Pulau Sumatera sebelah Utara dan
menghala ke arah Barat dari Kepulauan Nusantara berbanding dengan sejarah moden
Sumatera, Indonesia di bahagian Utara, terdapat tiga bangsa dan kebudayaann
yang telah didominasikan oleh Acheh, Batak, dan Melayu. Namun, dapat dilihat
dengan jelas apabila warisan sejarah Acheh masih menjadi amalan rakyat
tempatan, kerana Acheh telah meninggalkan satu sejarah yang cukup bermakna
sehingga hari ini, terutaman dari segi kebudayaan yang bercirikan Islam.1
Pada abad ke-14, Banda Acheh telah menjadi pusat atau ibu kota bagi Kerajaan
Acheh.  Pembentukan Acheh juga tergambar
dengan campuran daripada budaya Buddha dan India sebelum agama Islam masuk.
Wilayah Acheh dikatakan pertama menerima masuk ajaran agama Islam di Kepulauan
Nusantara bahagian Barat. Dalam bahasa Tionghoa Acheh disebut sebagai A-tsi atau Ache dalam bahasa Tionghoa sendiri.2
Sebelum kemunculan Kesultanan Acheh, sebuah Kesultanan lebih awal telah pun
muncul iaitu Kesultanan Perlak, merupakan kerajaan pertama di Nusantara sekitar
tahun 840-1292M, namun kini, Perlak telah masuk dalam wilayah Acheh di bahagian
Timur, sehingga pada abad ke-15 Acheh telah dimasuki oleh kuasa Kerajaan Islam
Lamuri kerana jalinan politik yang telah dibuat, menandakan suatu perubahan
mulai berlaku dalam perkembangan politik Acheh yang bercirikan ajaran Islam.3

 

Pembentukan Kerajaan Acheh diperintah
oleh Sultan Ali Mughayat Syah yang merupakan sultan pertama memerintah dari
tahun 1520 sehingga tahun 1530, sebab pada awalnya Acheh berada dibawah
kekuasaan Kerajaan Pidie. Semasa tempoh pemerintahannya beliau berjaya dengan
penaklukan pelabuhan di pesisir pantai Sumatera seperti Pidie, Pasai dan Daya,
kegiatan penaklukan ini bertujuan untuk meluaskan kekuasaannya, pelabuhan-pelabuhan
ini terletak bersebelahan dengan perairan Selat Melaka. Dari segi kehidupan
politik Acheh, perkembangannya bercorak pasang surut, apabila berlaku campur
tangan kuasa asing seperti Belanda dalam politik, yang pernah menyerang Acheh dipimpin
oleh Cornelis de Houtman dalam merebut kuasa pedagangan daripada Kerajaan
Acheh, ketika dalam pimpinan Sultan Alaudin Riayat Syah.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

 Kemudian
dari segi ekonomi, masyarakat Aceh abad ke-14 amat bergantung dengan kegiatan
penangkapan ikan, termasuk menjalani pekerjaan sampingan seperti merompak
kapal-kapal Portugis yang datang berdagang di kepulauan itu, kerana pendapatan
penduduk Acheh pada awalnya, bergantung dengan jualan dagangan dan hasil laut
sahaja. Namun seperti yang sudah diketahui, Selat Melaka telah menjadi tumpuan
terpenting sebagai laluan perdagangan, ksehingga Selat Melaka ini berjaya
menambat hati para pedagang dari luar untuk berdagang di Melaka seperti dari
India, Arab, dan China. Jadi pelabuhan di Aceh yang masih dalam perkembangan
masih kurang mendapat tumpuan, oleh sebab itu, pemerintah Aceh terus giat
dengan misi penaklukan dalam menguatkan kekuasaanya sehingga kejatuhan Melaka
pada abad ke-15 ke tangan Portugis telah membuka satu peluang besar kepada Aceh
menarik pedagang-pedagang yang keluar dari Melaka untuk masuk berdagang di
pelabuhan Aceh, kerana pedagang Islam tidak mengaku kekuasaan Portugis di
Melaka, atas dasar penyebaran agama oleh Portugis di Nusantara. Kemudian,
Kerajaan Acheh ketika ini telah berjaya mengalihkan pedagang-pedagang dari
Melaka untuk datang berdagang ke pelabuhan Acheh kerana Acheh telah menjadi
kuasa baru muncul sebagai pusat perdagangan internasional di Nusantara. Maka,
‘bagai mengantuk disorong bantal’ pedagang segera beralih ke pelabuhan Acheh
untuk mendapatkan perlindungan terhadap hasil perdagangan.4
Tetapi, Acheh masih bersaing dengan Kerajaan Johor yang juga berminat terhadap
pedagangan di Selat Melaka.

 

 

Gambar
1: Peta Kekuasaan Kerajaan Acheh

Sumber:

Aceh Besar Pernah Dipimpin Putra Gayo

 

Selepas pemerintahan Sultan Mughayat Syah, beliau digantikan
dengan Sultan Salahuddin yang memerintah sehingga tahun 1537, namun semasa
pemerintahan berlaku surut dalam perjalanan pemerintahannya kerana perwatakan
yang dimiliki oleh Sultan Salahuddin yang tidak begitu mengambil berat soal
kerajaan Aceh, sehingga membawa kepada kemerosotan dalam perkembangan politik
dan ekonominya. Kemudian Sultan Alauddin Riayat Syah Al-Kahar telah mengantikan
Sultan Salahuddin yang memerintah sampai tahun 1568.  Pencapaian Sultan Alauddin Riayat Syah semasa
pemerintahan adalah membawa sedikit perubahan dalam sistem pemerintahannya
apabila cuba untuk menakluki Melaka melalui serangan namun gagal. Kemudian
semasa pemerintahannya juga turut berlaku pemberontakan dan perebutan kuasa.
Maka pemerintahannya hanya mampu bertahan sementara sahaja. Selepas itu, Kerajaan
Aceh telah mencapai detik kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda
yang memerintah dari tahun 1607 sehingga 1636 apabila beliau berjaya
mengalahkan Portugis di Melaka dengan penyerangan menggunakan kekuatan armanda
laut yang ramai, berjaya menguasai Pulau-Pulau Sunda dan Semananjung Malaysia
serta menjalinkan hubungan diplomatik dengan bangsa yang datang berlayar di
Lautan Hindia.5

 

Selain
itu, Kesultanan Johor merupakan kuasa politik Melayu yang baru selepas
kejatuhan Melaka turut menjadi sasaran di Semananjung Malaysia oleh kuasa Aceh
kerana perebutan Aru untuk kepentingan ekonomi. Ini jelas digambarkan, sehingga
abad ke-17 Sultan Iskandar Muda berjaya membentuk Aceh menjadi kerajaan Maritim
terpenting di Nusantara. Walaupun Kerajaan Aceh sudah mencapai kegemilangannya,
tetapi, kepincangan dalam pemerintahan Acheh mulai berlaku selepas kemangkatan Sultan
Iskandar Muda. Pertikaian kuasa yang berlaku di antara pemerintah di istana
telah membuka peluang kepada pesaing Aceh untuk kembali menyerang kembali,
sepertinya Kerajaan Johor sehingga berjaya mengambil semula kekuasaannya di
Semanjung Malaysia serta kawasan selat di bahagian selatan. Apa yang lebih
menarik untuk turut dikupas ialah 
perkembangan agama Islam di Aceh, walaupun menerima tentangan hebat
daripada kuasa Perancis dan Belanda serta Sepanyol, kerajaan Aceh masih mampu
memperluaskan agama Islam, keadaan ini jelas dilihat semasa pemerintahan Sultan
Iskandar Thani yang merupakan menantu kepada Sultan Iskandar Muda, hukum
syariat Islam telah ditegakkan serta perkembangan ilmu Islam terus
diperluaskan, tambahan dengan kedatangan Nuruddin Ar-Raniri dari Gujerat
seorang pendakwah.6
Dikatakan dari segi politik, Acheh memiliki pertahanan yang kuat yang diketuai
ole uleebalang yang mempunyai semangat patriotisme yang sangat tinggi, namun,
perpecahan yang berlaku dalam kalangan uleebalang serta semangat patriotisme
yang semakin luntur dalam kerajaan Acheh dengan keadaan politik yang tidak
stabil, serta keruntuhan ekonomi jelas membawa kepada kemerosotan Acheh.

Kemudian pembentukan kehidupan sosial di Acheh berkembang
dengan baik, apabila mampu mencapai kebudayaan yang semakin maju kerana kedudukan
yang strategik, telah menjadi tarikan kepada masyarakat luar datang singgah
berkunjung disamping dengan tujuaan berdagangan, tambahan perhubungan yang baik
dengan bangsa lain juga menambah bilangan kedatangan bangsa-bangsa luar lebih
ke Acheh. Bahkan Acheh berjaya menyusun hukum adat yang mendasari ajaran Islam
yang digelar sebagai Hukum Adat Makuta Alam, dimana menurut hukum ini, setiap
pertabalan seorang sultan yang memerintah adalah perlu mengikut permuafakat
berdasarkan hukum ini, bagi mencapi persetujuaan yang jitu. Selepas itu dalam Hukum Adat Makuta Alam telah diberikan satu
gambaran mengenai kuasa seorang sultan di Aceh iaitu semasa perlantikan baginda, pada
saat pengangkatan baginda, panglima sagi dan ulebalang i mereka perlu mendapat kehormatan
dengan bunyi dentuman meriam sebanyak 21 kali sebagai penghormatan, kerana
mereka merupakan antara orang kuat dalam menjaga keamanan pemerintahan dan
negeri Acheh dalam mengetuai angkatan peperangan dalam mempertahankan kerajaan
Acheh daripada ancaman luar.

 

 Kemudian
peranan Sultan adalah untuk mengadili perkara yang bersangkut paut dengan
pemerintahan, seterusnya perlu bersedia
untuk sentiasa menerima kunjungan kehormatan termasuk dengan kedatangan para
pedagang-pedagang asing ke pelabuhan Acheh, sultan juga berperanan untuk
mengangkat ahli ulama yang amat penting dalam kehidupan sosial di Acheh,
manakala dalam pengurusan kerajaan, orang yang cerdik pandai mesti diangkat
oleh kuasa sultan, dan sultan perlu bertindak dalam melindungi rakyat daripada tindakan para pejabat kerajaan yang
sewenang-wenangnya, dimana sultan berperanan menjadi orang tengah. Pemilihan sultan adalah berdasarkan kepercayaan kepada sultan
untuk memegang satu amanah dengan baik, perlu dengan nasihat dan pengawasan
oleh alim ulama, kadi dan Dewan Negeri bagi mengelakkan perlanggaran adat oleh
seorang sultan. Misalnya, semasa pemerintahan dibawah Sultan Iskandar Muda
Kerajaan Acheh telah berkembang dengan pesat dari segi ilmu Islam apabila
baginda berhasil menanam semangat keagamaan dalam diri rakyat tempatan dengan
semangat kesatuan yang tinggi, jiwa memperoleh kemerdekaan yang membara,
semangat perpaduan tinggi. Keadaan ini, memperjelaskan kepada kita bahawa
pengaruh seorang sultan amat penting dalam mempengaruhi perkembangan dalam soal
kestabilan politik membawa kepada pengukuhan dalam ekonomi seterusnya kepada
pembangunan sosial di Acheh ketika itu. Hubungan diplomatik yang baik dengan
kuasa besar di barat seperti Turki turut membantu Acheh dalam membangunkan
kerajaan.

 

 

Gambar 2: Masjid Raya Baiturrahman Banda Acheh

 

 

Sumber: http://www.zonasiswa.com/2015/06/sejarah-kerajaan-aceh-kehidupan-politik.html

 

 

Dengan itu, tidak hairan bahawa Acheh telah berjaya digelar
sebagai Serambi Mekah, kerana pencapaian tinggi, kerajaan Acheh dalam membangun
pusat pendidikan disini terutama ajaran agama Islam, sehingga terdapat ramai
ahli ulama yang lahir dari Acheh. Masjid Raya Baiturrahman telah menjadi bukti
peninggalan Acheh dalam pembangunan agama Islam melalui pembinaan masjid ini
sebagai serambi perkongsian ajaran agama dengan pertukaran pelbagai idea. Maka,
disini jelas mengambarkan keadaan pasang surut Kerajaan Acheh, dimana setiap
perubahan tampuk pemerintahan oleh setiap sultan mempunyai coraknya tersendiri,
namun perkembangan kebudayaan Acheh telah membuka mata dunia akan keunikan yang
dimiliki oleh Acheh iaitu dalam perkembangan ilmu Islam dan semangat tinggi
dalam mempertahankan agama Islam.

         

1 Anthony Reid, Sumatera Revolusi Dan Elite Tradisional,
Indonesia: Komunitas Bambu, 2012, hlm.1

 

2 Suryadinata, Leo: International
Zheng He Society,Admiral He &  Southeast Asia, Institute of Southeast                       Asian Studies, 2005. Hlm.
167

 

3
Machfud Syaefudin dkk, Dinamika Peradapan Islam: Prefektif Historis
(Yogyakarta: Pustaka Ilmu, 2013), 253

4
 Ahmad Fathoni, Sejarah Kerajaan Aceh, http://www.zonasiswa.com/2015/06/sejarah-kerajaan-aceh-kehidupan-politik.html diakses pada 10/12/17

 

5 Kesultanan Kerajaan
Aceh, http://www.nafiun.com/2013/02/kesultanan-kerajaan-aceh-sejarah-peninggalan-pendiri-letak-peta-kemunduran-keruntuhan.html, diakses pada 1
Disember 2017

6 Ibid.

Author:

x

Hi!
I'm Eileen!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out