KESAN pelancong. Hal ini akan menyebabkan kerugian kepada

Topic: Free
Sample donated:
Last updated: June 2, 2019

KESANKONFLIK ETNIK, PREJUDIS DAN DISKRIMINASI DALAM KALANGAN MASYARAKAT PELBAGAIETNIK Konflik etnik, prejudis dan diskriminasidalam kalangan masyarakat pelbagai etnik akan memberikan impak yang negatifdari aspek sosial, ekonomi dan integriti serta imej sesebuah negara. KesanDari Aspek Sosial Menurut Mohd Faris Dziauddin, NasirNayan & Kamarul Ismail (2016 : 13), dasar ‘pecah dan perintah’ yangdiamalkan oleh pihak British menyebabkan segregasi kaum mengikut kawasan dankegiatan ekonomi. Misalnya, orang-orang Cina bertumpu di kawasan bandar danterlibat dalam sektor perniagaan, perdagangan dan perlombongan bijih timahmanakala orang-orang India dan Melayu masing-masing tinggal di kawasan ladangdan kampung, dan terlibat dalam kegiatan penanaman getah dan pertanian saradiri.

Tindakan ini perlu diambil bagi mengurangkan interaksi antara etnik danbagi memudahkan pihak British untuk mengawal etnik-etnik ini. Shamsul AmriBaharuddin (2012 : 16) menyatakan bahawa implikasi daripada amalan dasar ‘pecahdan perintah’ ini masih boleh dilihat sehingga ke hari ini apabila kebanyakan mediamassa sering membawa laporan kewujudan polarisasi etnik di Institusi PengajianTinggi (IPT) di Malaysia dengan menyatakan bahawa mahasiswa tidak berminat untukberkongsi dengan etnik lain seperti tinggal sebilik, makan bersama, belajarbersama, bergaul bersama dalam kegiatan lain di kampus. Ini akan menyebabkantimbulnya jarak sosial antara etnik kerana kurang interaksi antara satu samalain. Sikap anggota etnik yang sukar bertolak ansurdengan anggota etnik lain menyebabkan hubungan sosial di antara mereka semakinrenggang serta perasaan etnosentrisme semakin menebal. Jika perasaanetnosentrisme ini tidak dibendung, ia boleh membawa kepada berulangnya peristiwarusuhan kaum 13 Mei 1969 dan  seterusnyaakan mengancam keharmonian serta kestabilan struktur sosial dalam Malaysia.  KesanDari Aspek Ekonomi Konflik etnik juga akan memberikan impaknegatif dari aspek ekonomi. Dalam usaha untukmerapatkan jurang pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar, dan jugadi antara etnik yang ada, pihak kerajaan telahmerancang serta melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan  melalui peningkatan kemahiran, programpenyusunan semula, menggalakkan peluang pekerjaan sama rata dan mewujudkanusahawan yang berdaya saing dalam kalangan generasi baru. Pertumbuhan ekonomiyang baik dapat memberikan kualiti kehidupan yang stabil kepada masyarakat(Fatimi Hanafi, Zulkanain Abdul Rahman & Arbaiyah Mohd Nor, 2016 : 7).

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Perbezaan dari segi tempat tinggal dan tingkat sumberpendapatan yang wujud antara etnik menyumbang kepada kepelbagaian penglibatananggota etnik dalam sesuatu bidang. Ada sesebuah etnik yang memonopoli  dalam bidang-bidang tertentu sama ada dalambidang ekonomi, politik dan sebagainya. Akibatnya,  jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomidan ketidakseimbangan pendapatan antara etnik sukar diatasi.

 Selain daripada pemandangan yang indah,suasana negara yang aman dan harmoni juga merupakan salah satu daya tarikanuntuk menarik pelancong datang melawat. Namun, apabila terdapat konflik etnikyang berlaku, ia akan menyebabkan suasana negara menjadi kacau bilau dan tidakselamat untuk dilawati oleh para pelancong. Hal ini akan menyebabkan kerugiankepada para pengusaha pusat pelancongan dan menjejaskan jumlah pendapatan negara.Pelabur asing juga terpaksa menarik balik jumlah pelaburan mereka di Malaysiakerana bimbang akan mengalami kerugian di atas ketidakstabilan negara.

 KesanDari Aspek Imej Negara Kestabilan struktur sosial, ekonomi  dan politik menunjukkan kewibawaan kepimpinansesebuah negara.  Konflik etnik yangtidak dapat ditangani dengan segera dan bijak menyebabkan negara tersebut akandipandang enteng oleh negara luar. Ia akan dianggap sebagai sebuah negara yanglemah dan berisiko tinggi untuk dijajah.          

x

Hi!
I'm Mia!

Don't know how to start your paper? Worry no more! Get professional writing assistance from me.

Check it out