Menurut ekosfera yang mengandungi ekosistem yang akan saling

Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat,2005,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,ekologi bermaksud
kajian hubungan antara organisma hidup dengan persekitaran atau hubungan antara
binatang,tumbuhan dan manusia dengan persekitaran ataupun keseimbangan sistem –mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana.
Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua,1984,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,ekologi
ialah istilah ilmu tentang hubungan antara makhluk hidup dengan keadaan
persekitaran.

    Menurut http://www.pendidikanku.org/2015/03/pengertian-ekologi.html
,ekologi ialah ilmu yang mempelajari hubungan saling bergantung antara makhluk
yang hidup dengan lingkungan yang tidak hidup dalam suatu ekosistem.Istilah
ekologi adalah berasal daripada bahasa yunani iaitu’oikos’bererti habitat.

   Menurut Mohd Zuhdi Marsuku(2002),alam
sekitar atau ‘environment’ dalam bahasa inggeris bermaksud keadaan sekeliling
atau lingkungan.Berdasarkan penterjemahan literal,perkataan ‘alam sekitar’adalah
merujuk kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.Walau bagaimanapun,perkataan
alam sekitar juga merujuk kepada fenomena fizikal yang berkait kepada iklim dan
cuaca.

     Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia(1974),alam
sekitar atau dikenali sebagai persekitaran ialah kehidupan manusia yang
dikelilingi oleh faktor-faktor fizikal.Contoh faktor fizikal adalah seperti
tanah,bau,air,udara,iklim,rasa dan bunyi,faktor-faktor biologi dan juga
faktor-faktor fizikal.( http://web.usm.my/education/publication/hazura.pdf)

    Menurut Jamaluddin Md Jahi(1996),alam sekitar
juga bermaksud semua benda yang berada di sekeliling manusia dalam suatu titik
ruang dan masa.Kajian mengenai alam sekitar melibatkan banyak pendekatan.Salah
satu pendekatan ialah perspektif antara hubungan manusia dengan alam sekitar
yang telah dikembangkan sejak awal abad lagi.Sejak abad        kelapan belas dan kesembilan balas,kesan
tindakan manusia terhadap alam sekitar telah direkodkan.( http://web.usm.my/education/publication/hazura.pdf)

     Menurut Fadhil Othman(1996),alam sekitar
bermaksud apa yang ada di sekeliling dan berhubung kait dengannya akan
menimbulkan sesuatu keadaan.Oleh sebab itu,setiap benda yang berada di alam
yang nyata mempunyai persekitarannya masing-masing dan benda itu boleh menjadi
persekitaran kepada benda yang lain. (http://web.usm.my/education/publication/hazura.pdf)

     Menurut Ahmad Badhri(1987),alam sekitar
dikatakan sebagai ekosfera yang mengandungi ekosistem yang akan saling
berinteraksi.Ekosistem ini terdiri daripada faktor biologi yang saling
bergantung dengan sendiri,iaitu faktor fizikal dengan faktor biologi. (http://web.usm.my/education/publication/hazura.pdf)

    
    

   
 Beg plastik adalah digunakan
untuk memuatkan barang-barang yang dibeli dari pasar raya,kedai dan gudang
beli-belah.Amalan penggunaan beg plastik telah dijadikan sebagai kebiasaan
sejak dahulu lagi.Kesedaran masyarakat terhadap penggunaan beg plastik di
negara kita masih rendah berbanding dengan negara lain yang lebih maju.Hal ini
demikian adalah untuk memastikan bumi kita bebas daripada sebarang pencemaran
alam sekitar.

     Plastik ialah bahan sintetik yang tidak akan
reput dalam timbunan sampah.Oleh sebab itu,plastik dikatakan sebagai bahan yang
tidak mesra alam.Plastik yang digunakan adalah dihasilkan melalui proses kimia
dengan bahan kimia.Oleh itu,mulai 1 Januari 2017,kerajaan negeri Selangor telah
melaksanakan ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ tujuh hari seminggu,berbanding dengan
pelaksanaan tidak menggunakan beg plastik pada setiap hari Sabtu.Tujuan kempen
ini diadakan adalah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kalangan
masyarakat supaya dapat mewujudkan negara yang lebih bersih,hijau dan ceria, meningkatkan
kesedaran masyarakat mengenai penggunaan beg plastik dan kesan penggunaan beg
plastik terhadap alam sekitar.

    
Jika dilihat dari sudut yang positif,kempen ini dapat memanfaatkan dan
memberikan kesedaran kepada para pengguna dan pengusaha,iaitu mengurangkan
pencemaran alam sekitar dan mengurangkan kos memproses beg plastik.Walau bagaimanapun,sesetengah
masyarakat mengabaikan kempen ini kerana dengan menggunakan beg plastik,mereka
dapat menjinjing barang yang dibeli dengan lebih mudah.

     Kajian
ini telah dijalankan di Sungai Chua untuk mengenal pasti kekerapan menggunakan
beg plastik dalam kalangan penduduk Sungai Chua.Hal ini adalah untuk mengetahui
kesedaran dalam kalangan penduduk Sungai Chua terhadap kesan penggunaan beg plastik
terhadap alam sekitar.

    Kajian ini
adalah amat penting kerana dapat melihat pendapat masyarakat terhadap kempen
ini mahupun dari perspektif yang positif ataupun negatif.Hal ini demikian
kerana perkara yang berkaitan dengan beg plastik akan menyebabkan pencemaran
terhadap alam sekitar.

    
Konklusinya,alam sekitar yang bersih dan ceria adalah penting,terutama
kepada manusia.Sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik,maka hidupan di
bumi seperti manusia dan binatang akan hilang.Oleh sebab itu,kajian ini amat
penting supaya generasi masa depan juga akan lebih menghargai  dan meyayangi alam sekitar.

Author: