PERHUBUNGAN ialah rupa bentuk muka bumi yang pelbagai

Topic: Free
Sample donated:
Last updated: June 1, 2019

PERHUBUNGANMANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR  PENDAHULUAN Alam sekitar yang berkualiti menjamin keharmoniandan kesejahteraan kepada manusia. Pada masa kini, isu alam sekitar merupakansatu masalah global dan universal yang perlu diberi perhatian sacara serius.Umumnya, masyarakat mempunyai kesedaran terhadap isu alam sekitar tetapikesedaran terhadap penjagaan alam sekitar amatlah rendah.  Perhubungan manusia dengan alam sekitarmerupakan fenomena yang unik sehingga berlaku perbalahan pendapat dalamkalangan sarjana apabila membentangkan hubungan manusia dengan alam sekitar.Perbalahan adalah berpunca daripada dua unsur iaitu manusia dan alam sekitardengan persoalan siapa yang lebih dominan mempengaruhi perhubungan berkenaan.

 Selain itu, perhubungan manusia denganalam sekitar berkisar pada ruang permukaan bumi yang menjadi rumah kepadamanusia dalam menjalankan kegiatan harian. Sebagai manusia pertanian, manusiamenjalankan pelbagai kegiatan pertanian dengan kaedah berinteraksi denganpersekitaran fizikal melalui tradisi perhubungan budaya manusia dengan alamsekitar. Selain itu, Aristotle juga telah membuat tanggapan bahawa manusiasebagai objek yang selalu bertindak mencari kebahagian dan ini menjelaskanbahawa manusia memerlukan alam sekitar untuk mencapai tujuannya.Dalam tradisi perhubungan manusia denganalam sekitar melibatkan ruang permukaan bumi sebagai panduan segala aktivitikehidupan yang mana Richarh G.Boehm (1996) menyatakan alam sekitar merujuk padaruang permukaan bumi yang berkaitan dengan cuaca, tanah-tanih, bentuk mukabumi, geomorfologi, hidrologi dan tumbuhan-tumbuhan. Oleh yang demikian, jelasbahawa manusia geografi adalah wujud seiring dengan persekitaran fizikal. Dalampada itu, susunan alam sekitar ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadapaktiviti manusia pertanian khususnya kelompok manusia yang kurang memilikiteknologi dalam peningkatan hasil di kawasan terpencil.  PERTANIAN DI MALAYSIA Di negara kita Malaysia ini, terdapatpelbagai jenis aktiviti manusia yang dijalankan di setiap pelusuk negeri dalamMalaysia.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Setiap aktiviti yang dijalankan semuanya mendatangkan keuntungan dandijadikan pendapatan untuk negara kita, salah satunya ialah aktiviti pertanian.Pertanian di Malaysia pada era sebelum era penjajahan tertumpu kepada keluaransecara tradisional. Selepas daripada era kemerdekaan ekonomi negara berkembangpesat terutamanya dalam sektor pertanian dan perindustrian (Surtahman, 1997).

 Pertanian merupakan tentang kesenianyang dilakukan atau dihasilkan terhadap tanah dalam jumlah yang banyak denganmemperlihatkan perhubungan manusia dengan alam sekitar. Terdapat beberapafaktor yang mempengaruhi sistem pertanian di Malaysia. Pertama ialah rupabentuk muka bumi yang pelbagai seperti tanah pamah beralun, berbukit-bukau dantanah tinggi.

Yang keduanya ialah disebabkan oleh jenis tanih seperti laterait,gambut, lanar sungai, dan mempunyai saliran yang baik. Iklim pula merupakanfaktor yang ketiga dimana Malaysia beriklim panas lembab yang mempunyai puratasuhu tahunan 27 darjah Celcius dan menerima hujan tahunan purata sebanyak 2,500mm.  Selain itu juga, faktor kepentingandalam kehidupan manusia merupakan faktor penting dalam sistem pertanian diMalaysia.

Sebagai contoh tanaman padi untuk dijadikan beras merupakan makanruji masyarakat di Malaysia manakala tanaman getah, kelapa sawit, koko, dankopi sebagai tanaman dagangan. Kesan peninggalan penjajah yang membawa masukpelbagai jenis tanaman juga merupakan faktor lain yang mempengaruhi pertaniandi Malaysia.  Dari sudut teknologi pula, penghasilantinggi berdasarkan kepada baka dan teknik pengeluaran juga merupakan faktorutama serta pasaran hasil pertanian yang bergantung kepada permintaan tempatandan antarabangsa. Akhir sekali keperluan bagi penyumbang ekonomi negara darisegi guna tenaga dan hasil eksport.  Setiap aktiviti pertanian yangdijalankan di Malaysia mempunyai kebaikan dan juga keburukannya.

Sesetengahaktiviti yang dijalankan meninggalkan impak yang positif dan juga negatifterhadap alam sekitar. Terdapat tiga jenis sistem pertanian di Malaysia,antaranya ialah sistem pertanian pindah, sistem pertanian kebun kecil atau saradiri dan sistem perladangan.    SistemPertanian Pindah Sistem pertanian pindah ialah sejenispertanian sara diri yang ringkas dan berkonsepkan pindah tapak mengikutperpindahan orang-orang asli di kawasan pendalaman Sarawak, Sabah danSemenanjung Malaysia. Hakikatnya, maksud pertanian pindah adalah disebabkanpetani akan berpindah ke kawasan baru apabila tanah yang di tinggalkan telahditumbuhi dengan hutan belukar dan kesuburan tanah tersebut tidak lagi sesuaiuntuk dijadikan sebagai kawasan pertanian.

Secara amnya, pertanian pindah yang diusahakan iniadalah sekadar untuk kegunaan sendiri dan diusahakan oleh ahli keluargasendiri.  Gambar 1: Pembakaranhutan untuk aktiviti pertanian pindah di kawasan pedalaman Antara jenis tanaman yang dihasilkanadalah jenis tanaman kering seperti sayur-sayuran, buah-buahan, padi huma dankeledek di mana jenis tanaman ini hanya menggunakan peralatan tradisionalseperti cangkul, tugal, kapak, parang dan batang kayu sahaja. Maka, sepertigambar 1 di atas menunjukkan petani hanya perlu membersihkan hutan dengankaedah membakar hutan tersebut dan abunya akan dijadikan baja dalam tanamanyang akan dilakukan.  Bagaimanapun, perubahanmasa sekarang menyebabkan peranan pertanian pindah ini turut berubah. Hari inipertanian pindah juga membawa “maksud” lain, petani seharusnya juga perlumengerjakan aktiviti-aktiviti lain bagi mendapatkan keperluan asas untukkegunaan harian.    SistemPertanian Kebun Kecil / Sara Diri Kedua, sistem pertanian terpenting danmeluas yang diusahakan oleh petani di Malaysia adalah sistem pertanian kebunkecil atau sara diri. Pertanian jenis ini memerlukan keluasan 1 hingga 2 hektartapak tanah yang diusahakan oleh ahli keluarga serta tidak memerlukan modalyang besar.

Secara dasarnya, pertanian kebun kecil atau sara diri ini adalahbertujuan untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga.  Walau bagaimanapun, jika terdapatlebihan hasil tanaman tersebut, petani akan menjual kepada penduduk setempatbagi keperluan harian. Oleh disebabkan saiz keluasan tanah yang diusahakantidak ekonomik, sistem pengeluaran yang tidak teratur. Kesan bagi pertaniankebun kecil ini ialah mutu pengeluaranya sangat rendah, harga pun rendahakhirnya pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian petani kebun kecil inijuga rendah.      Gambar 2: Penggunaanjentera-jentera kecil bagi memudahkan proses tanaman  Walaupun pihak kerajaan telahmenyediakan bantuan dalam kemudahan pemprosesan, pemasaran dan penggunaanjentera-jentera kecil dalam pertanian kebun kecil atau sara diri ini, terdapatjuga petani-petani di Malaysia yang mengamalkan pertanian secara tradisional.Sebagai contoh tanaman padi, petani masih menggunakan khidmat haiwan sepertikerbau atau sapi dalam membajak sawah untuk menggemburkan tanah sebelummelakukan penanaman dan penaburan benih padi.  Walau bagaimanapun, agensi-agensikerajaan seperti Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang, Agensi Pembangunan Wilayah,Pejabat Daerah tidak berputus asa dalam membantu dan membangun taraf hiduppetani dalam bentuk bantuan teknikal, benih, baja, racun serangga dan penyakit,serta khidmat nasihat.

Hakikatnya, sistem pertanian ini melibatkan penanamantanaman bukan bijirin dan bersifat separuh komersial. Contohnya, tanamanbuah-buahan, sayur-sayuran dan jagung serta tanaman dagangan seperti kelapasawit, getah, lada hitam dan koko.  SistemPertanian Ladang Di Malaysia perlaksanaan pertanian ladangini memerlukan sebuah syarikat bagi mengurus dan mengawal selia penggalakkanpertumbuhan hasil tanaman kerana pertanian ladang ini diusahakan secarabesar-besaran. Contohnya bagi sektor swasta adalah GUTHRIE, SIME DARBY danDUNLOP manakala agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA dan Tabung Haji.

Sebagaimana yang diketahui, pertanian kelapa sawit kebanyakkannya terdapat dikawasan sekitar selatan negeri iaitu Johor. Seperti Rancangan Johor Tenggaradan Rancangan Johor Segamat. Di Pahang pula contohnya seperti di Jengka danPahang Tenggara.  Di Perak pula di kawasan Teluk Intan,Sungai Siput dan juga Trolak mengamalkan pertanian secara berladang. Di sampingitu, terdapat juga penanaman getah di kawasan sekitar Malaysia iaitu Johor,Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak.

Kemudian, terdapat jugabeberapa kawasan di Malaysia yang masih mengamalkan pertanian koko iaitu disekitar kawasan Perak (Teluk Intan) dan Sabak Bernam Selangor. Seterusnya,terdapat juga tanaman teh secara besar-besaran di kawasan tanah tinggi sepertidi Pahang dan Sabah. Oleh yang demikian, jelas bahawaaktiviti pertanian ladang ini memerlukan tenaga buruh yang ramai, peralatanpertanian yang moden berkualiti tinggi serta kawasan pertanian yang luasmelebihi daripada 40 hektar tanah.

Perlaksanaan pertanian ladang ini sedikit sebanyak dapatmembuka peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia dalam masa yang sama kadarkemiskinan penduduk di Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar dapatdikurangkan.   Gambar3: Malaysia menjadi pengeksport utama minyak kelapa sawit dunia   Pada masa kini, Malaysia masih lagimerupakan pengeksport utama bagi getah dan minyak kelapa sawit dunia keranapertanian ladang ini diusahakan secara besar-besaran dan hasil pertanian inimencukupi untuk kegunaan manusia. Keadaan susunan alam sekitar seperti inibukan sahaja menyumbang pendapatan kepada negara tetapi juga menggalakkanperkembangan sektor industri pemprosesan hasil pertanian.

     KESANHUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR Walau bagaimanapun, semakin jelasapabila dilihat intensiti aktiviti pertanian ini dengan merujuk modelperhubungan manusia dengan alam sekitar seperti yang dijelaskan sebelum ini.Namun, corak pertanian masyarakat di Malaysia boleh dikatakan mempunyai kesan negatifiaitu:-             a.         Kesan terhadap alam sekitar            b.         Kesan terhadap manusia Kesanterhadap alam sekitar Kesan yang paling utama kepada alamsekitar ialah kesan terhadap sistem geomorfologi.

Aktiviti seperti pembakaran hutandi dalam sistem pertanian pindah akan mendorong berlakunya tanah runtuh keranaakar-akar pokok tidak mencengkam tanahdaripada runtuh. Malahan pemanasan suhu setempat akan berlaku kerana kekurangantumbuhan hutan. Tambahan lagi, aktiviti pertanian secarabesar-besaran ini boleh mengakibatkan pencemaran terhadap air. Trend penggunaanracun serangga dan baja kimia akan membawa kepada pencemaran dimana racunserangga dan baja kimia yang mengalir akan menyebabkan pencemaran terhadap air.

Kesan ini juga dikenali sebagai gangguan terhadap sistem hidrologi keranasistem rantaian ekosistem akuatik terganggu.  Kesanterhadap manusia Tidak dapat dinafikan hutan adalah satukawasan yang terkaya dengan sumber terhadap penawar atau ubat-ubatan tradisionalbagi merawat pelbagai penyakit, contohnya daun misai kucing, tongkat ali, kacipfatimah, daun pengaga, daun dukung anak dan seumpanya. Kemusnahan hutan untukdijadikan kawasan pertanian ini bererti manusia akan kehilangan sumber-sumberyang berharga ini. Gambar4: Pertanian ladang telah mengakibatkan kehilangan sumber hutan   Selain itu, Kepupusan flora dan faunajuga meninggalkan kesan akibat daripada pembukaan kawasan baru yang diterokai untukdijadikan kawasan pertanian. Oleh yang demikian, generasi akan datang tidaklagi berpeluang menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di Malaysiaini.

Hal ini juga boleh mengakibatkan kerajaan menanggung kerugian berjuta-jutaringgit dalam menyediakan kos baik pulih kawasan hutan yang terjejas.  LANGKAHMENGATASI HUBUNGAN YANG BERKAITAN  Namun begitu, perhubungan manusia danalam sekitar dimana manusia bertindak menggubah bentuk fizikal alam sekitardaripada tumbuhan hutan kepada tanaman pertanian ini tetap perlu diteruskan.Ini kerana, manusia perlu menghasilkan keperluan dan keluaran bagi kegunaanmanusia itu sendiri untuk kelangsungan hidup. Terdapat 2 sudut langkah untukmengatasi perhubungan manusia dan alam sekitar iaitu:-             a.         Dari sudut perundangan; dan            b.         Dari sudut bukan perundangan SudutPerundangan Penggubalan undang-undang seperti AktaKualiti Alam Sekitar 1974 adalah dapat menghalang daripada kemerosotan alamsekitar dan memperbaiki alam sekitar. Apa yang penting di sini ialah pihakkerajaan perlu memainkan peranan bagi mengawal dan menghadkan penerokaan hutanuntuk dijadikan kawasan pertanian. Dengan cara ini, kapasiti dan keluasan hutan diMalaysia mencukupi dan habitat flora dan fauna dapat dipelihara.

 SudutBukan Perundangan Dari sudut bukan perundangan pula,langkah-langkah mengatasi antara hubungan manusia dan alam sekitar adalahdengan mengamalkan pengurusan yang strategik. Untuk mengawal hakisan tanih dankeladak misalnya, langkah yang diambil adalah dengan melakukan kaedah tanamansemula secara kontur, teras, dan sebagainya bagi menggantikan pokok yang telahditebang. Secara strategik dan evolusi, pihak berwajib perlu melaksanakanpendidikan alam sekitar melalui pendidikan formal dan tidak formal dan kempenkesedaran bagi memberikan orang awam tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

 KESIMPULAN Hasil pertanian adalah bahan-bahan asasmakanan dan minuman kepada manusia untuk terus hidup. Sememangnya diketahuaibahawa bahan-bahan tersebut merupakan anugerah yang tidak ternilai. Terserahlahkepada manusia untuk menentukan atau mengembangkan bagaimana usaha pertanianini dapat menjadikan makanan yang bermutu tinggi. Oleh yang demikian, hubunganantara manusia dan alam sekitar ini meninggalkan kesan secara langsung untukmemenuhi tanggungjawab terhadap tuntutan alam.

 Seharusnya hasil pertanian ini bukanlagi dijadikan sebagai bahan sara diri tetapi ia hendaklah dijadikan sebagaisuatu sumber pendapatan yang boleh meningkatkan taraf hidup sesuai denganperkembangan masyarakat. Ini bersesuaian dengan perubahan masa dan keperluanmasyarakat di Malaysia. Justeru, kesedaran dalam memperhebatkan danmemperkasakan sektor pertanian ini akan lebih meningkat sekiranya manusiamenanamkan kefahaman bahawa pembaziran terhadap sumber alam seperti tanah danpokok akan mengakibatkan berlakunya pelbagai masalah. Tidak boleh kita nafikan, bahawawalaupun kita sedang bergerak dengan pesatnya ke arah sebuah negara maju, padaasasnya negara kita ialah sebuah negera pertanian. Di kawasan Pantai TimurSemenanjung Malaysia umpamanya, sama ada di Kelantan, Terengganu atau pun diPahang, kawasan-kawasan yang dihuni oleh produk pertanian adalah luas. Danjumlah insan yang terlibat dalam bidang pertanian ini pula adalah banyak. Kearah mana juga mata memandang akan kita lihat terbentang di hadapan kita,kawasan-kawasan tanaman seperti getah, kelapa sawit, padi, kelapa, tembakau danlain-lainnya. Tidak kurang juga dusun-dusun buah-buahan seperti durian, rambutan,limau, manggis, mangga, pisang, cempedak, pisang dan lain-lain lagi.

Begitujuga kawasan-kawasan yang ditanam dengan sayur-sayuran seperti cili, timun,petola, bayam, lobak, labu dan sebagainya banyak di dapati di sekitar laluanperjalanan kita.    Akhir sekali, perhubungan manusia danalam sekitar bersifat dinamik dan berubah mengikut waktu dan tempat. Sepertiterkandung di dalam Al-Quran yang mempunyai maksud: ‘Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu;mudah digunakan, maka berjalanlah di merata ceruk rantaunya, serta makanlahdari rezeki yang dikurniakan oleh Allah; dan ingatlah, kepada Allah jualahtempat kembali kamu sesudah dibangkitkan hidup semula; maka hargailah nikmatNyadan takutlah kemungkaranNya’.

x

Hi!
I'm Mia!

Don't know how to start your paper? Worry no more! Get professional writing assistance from me.

Check it out